Friday 1 February 2013

hikmah sujud ketika solat




assalamualaikum

mungkin ramai yang tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t dan menjauhi laranganNYa. ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama..

antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. bernafas ketika sujud pula boleh :
  • membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  • membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  • mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  • melegakan paru-paru dari ketegangan.
  • kedudukan sujud adalah lebih baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  • memberi dorongan supaya mudah tidur. 
  • menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punngung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. 
  • pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada gelombang perut.
  • organ terpenting iaitu otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
dari psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekaligus menguatkan mental seseorang. menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

thank you for reading this entry :)

2 comments: