Friday 22 March 2013

happy birthday si kecik


assalamualaikum haihai :)

hey faramila yahya is back ! budget retis pulak.. hagagaga.. ada cerita baru nak kongsi kat sini sebab tue la gatal2 je tangan nak menyingah kat sini..  hot hot hot news tahu !! ini kisah seorang "budak".. budak?? nama diberi norsyuhadah bt saafie.. umurnya sama muda je dengan kita.. saje je panggil dia budak sebab dia sememangnya budak.. hahaha.. memang super duper suka lah kalau kacau dia.. haha.. banyak gelak pulak..
semalam kami ada celebrate dia punya birthday.. saje je celebrate lambat2 nak buat surprise kot.. kami ada plan kami sendiri.. hmmmm.. macamne macamne tue?
petang tue kononnya pakcik lalan ajak keluar makan petang + malam.. malam nanti dah tak makan la kononnya laa.. pada pukul 6.30, pakcik lalan datang ambik aku kat rumah and keluar "makan", padahal kita pergi beli cake chocolate ice cream kat cmart tue.. pada pukul 7.10 kita sampai rumah buat2 muka kekenyangan.. kenyang la sangat.. perut kita dah menyanyi2 lagu dangdut dah.. pukul 8.30 dorang keluar makan.. kita dah berpakat dengan hana kononnya nak pegi pusing2 uitm je sebab hana nie memang tak tahu pape pun pasal uitm nie.. mushroom pun tak tahu kat mana.. teruk kan. haha.. si kecik tue pun percaya la hidup2.. lepas ummi, si kecik and watin dah keluar, saya dah mesej2 pakcik lalan untuk datang ambik.. kira2 dalam pukul 9malam.. lepas tue kami dah plan makan dekat choties (macamtue la kot ejaanya), dan si kecik tue beriya-iya nak makan chicken chop.. memang dia percaya hidup2 lah kita tak keluar.. haha.. lepas pegi ambik kek di cmart, kita, hana and pakcik lalan bergegas ke kedai makan tue.. tapi sebelum tue singgah di kedai runcit jap nak beli tepung.. hagagga.. mane best nak potong2 kek je.. yer dok? agak2 dah nak sampai sane, saya mesej watin.. dia tukang cover line.. haha.. masa kami sampai dia tengah kusyuk makan dia punya chicken chop tue.. aku duk belakang dia pun tak perasan.. and kami pun start singing "happy birthday to you, happy birthday to you".. kat bawah nie ada gambar2 semalam.. hehe
\
surpriseee !
nampak tak excited muka si kecik tuh? haha
gift from ummi
happy birthday adik adah.. potong memotong kek..
selepas makan, kami bersiap2 nak balik.. ummi satu kereta adah.. kita, pakcik lalan, watin and hana satu kereta.. lepas nie plan nak main baling2 tepung pulak.. sebabtu kami kena bergegas sampai kat rumah dulu.. bahaha.. gelak jahat..

sementara tunggu adah balik, inilah keje kami.. haha
muka ape entah
mane adah nieee
watin dah ambik tempat dah.. haha
dia dah sampai.. serang !!!!!!!









hana ajar tarian tradisional.. haha
muka marah lah sangat !
ummi ada kuasa ! OMG !

happy birthday adah ! meskipun kita banyak kacau adah, buli-buli manja, kita memang sayang kamu.. hehehe.. ilebiububu :)

thank you for reading this entry :)

Sunday 24 February 2013

gomo kelate gomo :D

assalamualaikum :)

setelah 21tahun mengenali dunia, buat pertama kalinya aku berjaya menjejakkan kali ke stadium semata2 untuk menyaksikan perlawanan bola antara Kelantan vs Terengganu.. minat bola ke? takde la minat sangat pun, tapi keinginan untuk menyaksikan perlawanan di stadium melonjak2.. agak bosanlah asyik tengok depan tv je.. kebetulan pulak kakak dan mak sedara aku nie memang gila bola.. jadi tidaklah sukar niat aku untuk pergi ke sana. pada 19hb January, pada pukul 6p.m.. aku dan kakak bersiap2 untuk pergi ke stadium.. awalnya?? saje je kami bertolak awal.. takut jammed dan susah nak cari parking.. yela, bukan kami je yang nak pegi ke sana.. pada pukul 6.45 kami sampai depan stadium, pusing banyak kali jugak nak cari parking nih.. dan hanya satu tempat je yang masih ada parking.. hospital besar kota bharu.. apa lagi.. parking kat sana lah.. haha.. dalam pukul 7.30, kami  menunaikan solat maghrib terlebih dahulu di stadium, bola2 jugak.. solat jangan dilupakan.. selepas usai menunaikan solat maghrib, kami beratur panjang untuk masuk ke dalam stadium.. dalam pukul 8.05 kami masuk ke dalam stadium.. fuyooo ramai gilak !! semua berpakaian merah termasuklah aku.. hehe.. agaklah malu jugak nak mencari tempat duduk, mane taknya kena berjalan depan beribu2 penyokong untuk ke tempat duduk yang ada kosong.. kebetulan pulak masa tengah control2 jalan depan penyokong, ada pulak member yang menjerit nama aku "mila mila !!" dengan malunya aku menoleh ke arah pemanggil tue.. ouh atiqah rupanya.. aku sempat cakap hai dan senyum je... malu kot ! dah sampai di tempat duduk, dapat tengok apek dan pemain2 lain training di atas padang.. wah sukaaa ! yela budak tak pernah masuk stadium macam nie lah.. haha.. pukul 8.45p.m, perlawanan bola bermula.. aku sempat jugak snap beberapa keping gambar untuk dijadikan kenangan.. hehe..
Tiket - kelantan VS Terengganu
snap kat surau pun boleh.. hehe
beratur beli tiket untuk kawan mak sedara
suasana di dalam stadium sebelum perlawanan bermula
perlawanan dah bermula
me, my sista and abang nopa.. arh ada orang merokok !
perlawanan dah hampir tamat
perlawanan dah tamat ! bergambar dulu.. hiks :P
pada pukul 11pm.. perlawanan antara Kelantan vs Terengganu telah pun tamat.. dan keputusannya berpihak kepada Kelantan..2-0.. woohoo !! berbaloi jugak la beli tiket berharga RM15.. macamlah aku yang beli.. padahal kakak yang belanja.. hehehe.. tue untungnya bila ada kakak.. hehe.. memang lain la bila tengok bola depan tv dengan di stadium.. macam2 gelagat kita boleh tengok.. dan pakcik yang duk barisan depan aku memang kelakar.. tak kering gusi aku dibuatnya.. haha

mak sedara cakap, tiap kali ada perlawanan kita datang sini ea.. saje nak buat aku jeles.. haishh !

thank you for reading this entry :)

Tuesday 19 February 2013

B.F.F

assalamualaikum.. hey there !!! 


pejam celik pejam celik ke hulu ke hilir, dah tinggal BEBERAPA HARI je lagi dapat bermanja-manja dengan mak, kakak, bantal busuk, cadar busuk, katil busuk, selimut busuk dan semua lah yang ada kat rumah nih.. kalau dah berangkat kat sana, memang makan bulan la pulak boleh balik.. ape yang kita buat time cuti nih? eh banyak ! yang pastinya semuanya benda buang masa.. teman kakak pegi sana sini situ situ sana, jadi pa yang tak bergaji pulak.. haha. tapi kang haritu kang, kita ada buat reunion dengang kengkawang zamang sekolah.. kenape  tetiba ada G terlebih nih? sebab kawang kita ada sorang tuh orang ganung.. haha.. kita dah hampir setahun tak jumpa diorang.. nasib baik la saat-saat genting dapat jugak nak gather ramai.. "family gathering", it sounds better.. mase kumpul ramai2, sempat jugak la snap pictures ramai2.. woohoo. mau tengok?? memang nak tunjuk ponggg ;)


yang nie pun jadi lah.. with dayah.. 
meet my friends ghah, shoria and ruby 
with ghah :)
primadona.. hekhek
girls and boys
after lepaking at kopitiam, we went to pantai pcb ! tapi tak sempat nak posing2 kat sana sebab hujan la pulak.. ombak besar wooo :O
 at 6.30 p.m, kteorang pun balik.. mak kat rumah sudah menunggu kepulangan anakandanya.. ape lagi, tekan minyak vroom vroom balikkk. harap2 ketemu lagi.. In Shaa Allah :)
muka budak sekolah mcmnilah.. hewhew :D
kami mase muda2 dulu.. comel kang kang kang :P


friendship rings.. which one is mine? hehehe


Those who are the happiest, never did have everything. But rather, they are thankful for what
 they do have. 
Remember, happiness is a way of travel, not a destination.Spend your life those who make you happy, not those you have to impress. thank you friends :)



thank you for reading this entry :)





Saturday 9 February 2013

KEDUT

assalamualaikum..

rasenya dah lama tak update blog.. baru seminggu kot.. lama la sangat.. entry kali nie nak sembang tentang kedut. kenape tetiba sembang pasal kedut nie..? umur dah meningkat, terlintas jugak la bagaimana muka nie bila ada kedut nanti.. walhal yang pastinya kedutan itu pasti akan ada apabila umur dah semakin memanjat.. bagaimanapun, wanita manapun akan panik apabila muncul satu garis di wajah. disini, kita ingin berkongsi tentang mitos yang tidak benar tentang kedut.

1. kedut hanya terjadi apabila kita sudah tua
                                                
fakta: mitos ini sepatutnya benar. pada umumnya, gejala proses penuaan bermula pada usia 20an, berupa penurunan keanjalan kulit dan kolagen. namun, gaya hidup yang sihat dan rawatan kulit yang rutin boleh menghalang tanda-tanda penuaan hingga kedut hanya muncul di usia yang lebih tua. sebaiknya, mulakan merawat kulit sejak awal dan elakkan kebiasaan buruk pada kulit.

2. senam muka dan sering tertawa mencegah timbulnya kedut

fakta: memang benar tertawa mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan, mulai dari awet muda sehingga meningkatkan sistem kekebalan tubuh. tetapi hati-hati, ternyata terlalu ekspresif apabila ketawa boleh menyebabkan gerakan otot wajah yang berlebihan. tambahan lagi, apabila otot yang terus bergerak ini diiringi penipisan struktur kulit kerana pengaruh usia, maka akan menimbulkan bekas lekukan kulit yang disebut kedut mekanikal, yang biasanya berlaku di sekitar dahi dan mata.

3. tidur meniarap boleh menyebabkan kedut
fakta: betul ! kedudukan tidur yang salah juga penyumbang pada pembentukan kedut. jika anda sering tidur dengan posisi mengiring atau meniarap, risiko kedut di wajah lebih besar kerana geseran dan gaya graviti. jadi, sebaiknya tidurlah dalam posisi terlentang.

4. kedut diwarisi daripada orang tua kita
fakta: memang benar bahawa faktor genetik cukup berperanan dalam pembentukan kedut. jadi salah satu cara untuk meramalkan kedutan yang anda akan warisi dengan melihat orang tua atau datuk dan nenek anda. jika mereka memiliki gen kulit kering dan kedutan di sekitar mata, kemungkinan besar anda bakal berhadapan dengan kecenderungan yang sama.

5. orang yang lebih banyak melakukan aktiviti di luar lebih cepat berkedut daripada orang yang bekerja di pejabat.
fakta: mitos ini tidak sepatutnya benar. kedua-duanya memang berisiko tinggi punca kulit berkedut. sinaran matahari tidak baik untuk kulit tetapi bekerja di dalam bilik yang berhawa dingin juga boleh menghilangkan kelembapan kulit dan punca kulit berkedut. dalam sedar atau tidak, anda seringkali terlupa untuk menyapu pelembap. oleh itu, bekerja di dalam atau di luar pejabat, beringatlah untuk selalu melindungi kulit dengan sunscreen atau pelembap agar tekstur kulit tetap terjaga.

6.kulit orang Asia lebih cepat berkedut daripada orang kulit putih
fakta: tidak benar. sebenarnya, kulit orang kulit putih lebih terdedah kepada kedutan daripada orang kulit orang Asia. ini kerana struktur kulit orang Asia cenderung tebal dan berminyak. memang orang Asia berada di lingkungan iklim yang sebahagian besar tropika dan terkena radiasi sinar ultraviolet yang lebih banyak. tapi untungnya, kelembapan tropisnya juga cukup tinggi sehingga kelembapan kulit terpelihara.

7. kedut lebih banyak dialami oleh orang yang diet dan kurus.
fakta: benar bahawa diet yang salah sehingga menyebabkan kurangnya pengambilan gizi berkurangan, menyebabkan kadar vitamin, protein,  dan mineral yang diserap oleh tubuh berkuranagn sehingga kekebalan sistem umuniti juga menurun. padahal,  zat-zat ini bertanggungjawab penuh dalam proses penggantian sel kulit yang rosak serta menjaga elastik dan kelembapan kulit. jadi, banyakkan pengambilan makanan dan buah-buahan yang mengandungi aktioksidan dan juga vitamin C.

8. mempunyai masalah penglihatan penyumbang timbulnya kedutan di dahi.
fakta: mitos ini benar. biasanya, orang yang mempunyai halangan dalam melihat akan melakukan pampasan dengan memejamkan mata. automatik, otot-otot yang berada di sekitar mata, dahi, dan di antara kening akan bekerja keras secara berulang kali. ini akan menimbulkan kedutan yang makin parah, jika masalah penglihatan tidak segera diatasi. sebaliknya, jika bermasalah penglihatan, pakai kaca mata yang bersesuaian agar otot di sekitar mata dan dahi boleh relaks kembali.

yang nie pun akan berkedut jugak nanti ! senyumlah selalu untuk mengelakkan kedutan pada peringkat awal usia.. smileee :)


apa yang penting adalah hindarilah diri dari mengambil apa-apa tindakan yang boleh memudaratkan diri  dan tidak salah disisi agama hanya semata-mata untuk mengelakkan muka dari berkedut.  jika anda rasakan diri anda itu cantik, kedutan yang timbul tidak akan menghalang untuk anda tetap kelihatan cantik.. cantik yang semulajadi itu adalah lebih indah dari segala-galanya..


thank you for reading this entry :)

Monday 4 February 2013

dunia matrik

assalamuailaikum..

orang cakap budak matrik nie macam budak sekolah je.. tapi matrik nie up sikit.. kena pakai baju kurung, pakai kasut bagai lah ape lah.. tapi itu semua aku tak ambik peduli pun.. apa yang penting bagi aku, matriks nie mmg best gilerr.. ada giler tue memang best sangat lah.. hanya budak2 yang masuk matrik je yang faham matriks tue.. eceh ! dulu aku bermatriks di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang,, apa yang best sangat kmpp nie?? hey ! banyak kot benda best kat matriks nie. dah la dapat allowance.. hehe.. dah !  aku pun taknak tulis banyak2, aku just nak share gambar2 nie..   jom layan :)

mula-mula masuk matrik, perkara yang menjadi tanda tanya adalah roomate.. sape la agaknya roomate aku nie.. orang mane? macamane ? haa nilah roomate aku.. dua orang kedah sorang lagi kelantan... aku belajaq sikit2 loghat kedah dgn depa la.. azah, kyra and miza.. love them..

orientation week.. cer cari mane aku.. mane mane?? haha
my fasilitator.. kak nik..
baru balik kuliah.. hehe.. with syakira, haikal, ilyas and manja. 
                           
outing time.. biasanya kteorang selalu pegi pacific and jusco.. 
 
pacific ! bowling time
yang nie dah sem 2.. overnight kat penang.. sewa kereta and van.. haha..

queensbay.. midnight movie.. 
break untuk makan kejap.. esoknya kami pergi batu feringgi.. banyak game yang mereka buat kat sana spt teka peribahasa.. kena buat gaya la ape la.. macam2... haha
 petang2 kami suka beriadah.. 
 macam nie la kot cara kami beriadah,.. haha
kami atlet basikal.. hebat tak.. ada gaya masing-masing..
 larian kakom.. setiap praktikim kena membuat persembahan disetiap checkpoint.. and the best thing is we are the winner ! memang tak expect langsung2 yang praktikum kami yang menang.. mane taknya praktikum-praktikum lagi lagi gempak kot.. memang tak sangka giler..
tema kami adalah badut kot.. kami buat tarian ayam.. malu giler kalau tengok balik.. ooo ayamas kepak2 a2p1 memang ganas kepak2 and blablabla..

pesta tanglung. pusing2 kmpp.. cantik !
kem bisnes kat pulau langkawi.. 

before balik, terkejar-kejar kami berlari kat sini semata-mata nak bergambar.. tengok! with my overjoyed friends.. wara, fatin and kyra..
kem bina negara di kuala perlis.. tempat aku belajar sekarang.. tak sangka dapat utara lagi.. haha..
 sambut hari raya di kmpp.. setiap praktikum mestilah menghias khemah masing2 and sediakan juadah untuk tetamu. aku kalau bab2 menghias nie memang fail.. tukang tengok jela.. and yg paling sedihnya, mentor kami cakap khemah kami macam tok sami.. tergolek2 aku dengar dorg bercerita.. haha :'(
dah selesai majlis hari raya..
kami ahli koperat ! 
malam last sebelum balik.. berkumpul dulu.. nie semua budak2 pahang..

sambut majlis perpisahan di kfc.. K.I.T.A
kyra, iera, tengku, atin.. KITA.
and this is K.A.M.I.. farid yang bagi nama nie.
setelah setahun, kami membawa haluan masing-masing.. harap nanti dapat jumpa lagi.. hopefully :)

andai pokok kukuh kerana akarnya, andai bangunan kukuh kerana kelembutannya, andai haiwan kukuh kerana kakinya, maka persahabatan kita kukuh kerana keikhlasannya.. takkan terhakis oleh clorox, takkan luntur oleh dynamo, takkan hilang warnanya oleh varnish, tetapi ia sentiasa harum bak downy, selembut 
softlan dan sekekal febreeze.. 

each day i'm thankful for nights that turned into mornings, friends what turned into family, dreams that turned into reality and likes that turned into love..

thank you for reading this entry :)