Sunday 24 February 2013

gomo kelate gomo :D

assalamualaikum :)

setelah 21tahun mengenali dunia, buat pertama kalinya aku berjaya menjejakkan kali ke stadium semata2 untuk menyaksikan perlawanan bola antara Kelantan vs Terengganu.. minat bola ke? takde la minat sangat pun, tapi keinginan untuk menyaksikan perlawanan di stadium melonjak2.. agak bosanlah asyik tengok depan tv je.. kebetulan pulak kakak dan mak sedara aku nie memang gila bola.. jadi tidaklah sukar niat aku untuk pergi ke sana. pada 19hb January, pada pukul 6p.m.. aku dan kakak bersiap2 untuk pergi ke stadium.. awalnya?? saje je kami bertolak awal.. takut jammed dan susah nak cari parking.. yela, bukan kami je yang nak pegi ke sana.. pada pukul 6.45 kami sampai depan stadium, pusing banyak kali jugak nak cari parking nih.. dan hanya satu tempat je yang masih ada parking.. hospital besar kota bharu.. apa lagi.. parking kat sana lah.. haha.. dalam pukul 7.30, kami  menunaikan solat maghrib terlebih dahulu di stadium, bola2 jugak.. solat jangan dilupakan.. selepas usai menunaikan solat maghrib, kami beratur panjang untuk masuk ke dalam stadium.. dalam pukul 8.05 kami masuk ke dalam stadium.. fuyooo ramai gilak !! semua berpakaian merah termasuklah aku.. hehe.. agaklah malu jugak nak mencari tempat duduk, mane taknya kena berjalan depan beribu2 penyokong untuk ke tempat duduk yang ada kosong.. kebetulan pulak masa tengah control2 jalan depan penyokong, ada pulak member yang menjerit nama aku "mila mila !!" dengan malunya aku menoleh ke arah pemanggil tue.. ouh atiqah rupanya.. aku sempat cakap hai dan senyum je... malu kot ! dah sampai di tempat duduk, dapat tengok apek dan pemain2 lain training di atas padang.. wah sukaaa ! yela budak tak pernah masuk stadium macam nie lah.. haha.. pukul 8.45p.m, perlawanan bola bermula.. aku sempat jugak snap beberapa keping gambar untuk dijadikan kenangan.. hehe..
Tiket - kelantan VS Terengganu
snap kat surau pun boleh.. hehe
beratur beli tiket untuk kawan mak sedara
suasana di dalam stadium sebelum perlawanan bermula
perlawanan dah bermula
me, my sista and abang nopa.. arh ada orang merokok !
perlawanan dah hampir tamat
perlawanan dah tamat ! bergambar dulu.. hiks :P
pada pukul 11pm.. perlawanan antara Kelantan vs Terengganu telah pun tamat.. dan keputusannya berpihak kepada Kelantan..2-0.. woohoo !! berbaloi jugak la beli tiket berharga RM15.. macamlah aku yang beli.. padahal kakak yang belanja.. hehehe.. tue untungnya bila ada kakak.. hehe.. memang lain la bila tengok bola depan tv dengan di stadium.. macam2 gelagat kita boleh tengok.. dan pakcik yang duk barisan depan aku memang kelakar.. tak kering gusi aku dibuatnya.. haha

mak sedara cakap, tiap kali ada perlawanan kita datang sini ea.. saje nak buat aku jeles.. haishh !

thank you for reading this entry :)

No comments:

Post a Comment