Saturday 9 February 2013

KEDUT

assalamualaikum..

rasenya dah lama tak update blog.. baru seminggu kot.. lama la sangat.. entry kali nie nak sembang tentang kedut. kenape tetiba sembang pasal kedut nie..? umur dah meningkat, terlintas jugak la bagaimana muka nie bila ada kedut nanti.. walhal yang pastinya kedutan itu pasti akan ada apabila umur dah semakin memanjat.. bagaimanapun, wanita manapun akan panik apabila muncul satu garis di wajah. disini, kita ingin berkongsi tentang mitos yang tidak benar tentang kedut.

1. kedut hanya terjadi apabila kita sudah tua
                                                
fakta: mitos ini sepatutnya benar. pada umumnya, gejala proses penuaan bermula pada usia 20an, berupa penurunan keanjalan kulit dan kolagen. namun, gaya hidup yang sihat dan rawatan kulit yang rutin boleh menghalang tanda-tanda penuaan hingga kedut hanya muncul di usia yang lebih tua. sebaiknya, mulakan merawat kulit sejak awal dan elakkan kebiasaan buruk pada kulit.

2. senam muka dan sering tertawa mencegah timbulnya kedut

fakta: memang benar tertawa mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan, mulai dari awet muda sehingga meningkatkan sistem kekebalan tubuh. tetapi hati-hati, ternyata terlalu ekspresif apabila ketawa boleh menyebabkan gerakan otot wajah yang berlebihan. tambahan lagi, apabila otot yang terus bergerak ini diiringi penipisan struktur kulit kerana pengaruh usia, maka akan menimbulkan bekas lekukan kulit yang disebut kedut mekanikal, yang biasanya berlaku di sekitar dahi dan mata.

3. tidur meniarap boleh menyebabkan kedut
fakta: betul ! kedudukan tidur yang salah juga penyumbang pada pembentukan kedut. jika anda sering tidur dengan posisi mengiring atau meniarap, risiko kedut di wajah lebih besar kerana geseran dan gaya graviti. jadi, sebaiknya tidurlah dalam posisi terlentang.

4. kedut diwarisi daripada orang tua kita
fakta: memang benar bahawa faktor genetik cukup berperanan dalam pembentukan kedut. jadi salah satu cara untuk meramalkan kedutan yang anda akan warisi dengan melihat orang tua atau datuk dan nenek anda. jika mereka memiliki gen kulit kering dan kedutan di sekitar mata, kemungkinan besar anda bakal berhadapan dengan kecenderungan yang sama.

5. orang yang lebih banyak melakukan aktiviti di luar lebih cepat berkedut daripada orang yang bekerja di pejabat.
fakta: mitos ini tidak sepatutnya benar. kedua-duanya memang berisiko tinggi punca kulit berkedut. sinaran matahari tidak baik untuk kulit tetapi bekerja di dalam bilik yang berhawa dingin juga boleh menghilangkan kelembapan kulit dan punca kulit berkedut. dalam sedar atau tidak, anda seringkali terlupa untuk menyapu pelembap. oleh itu, bekerja di dalam atau di luar pejabat, beringatlah untuk selalu melindungi kulit dengan sunscreen atau pelembap agar tekstur kulit tetap terjaga.

6.kulit orang Asia lebih cepat berkedut daripada orang kulit putih
fakta: tidak benar. sebenarnya, kulit orang kulit putih lebih terdedah kepada kedutan daripada orang kulit orang Asia. ini kerana struktur kulit orang Asia cenderung tebal dan berminyak. memang orang Asia berada di lingkungan iklim yang sebahagian besar tropika dan terkena radiasi sinar ultraviolet yang lebih banyak. tapi untungnya, kelembapan tropisnya juga cukup tinggi sehingga kelembapan kulit terpelihara.

7. kedut lebih banyak dialami oleh orang yang diet dan kurus.
fakta: benar bahawa diet yang salah sehingga menyebabkan kurangnya pengambilan gizi berkurangan, menyebabkan kadar vitamin, protein,  dan mineral yang diserap oleh tubuh berkuranagn sehingga kekebalan sistem umuniti juga menurun. padahal,  zat-zat ini bertanggungjawab penuh dalam proses penggantian sel kulit yang rosak serta menjaga elastik dan kelembapan kulit. jadi, banyakkan pengambilan makanan dan buah-buahan yang mengandungi aktioksidan dan juga vitamin C.

8. mempunyai masalah penglihatan penyumbang timbulnya kedutan di dahi.
fakta: mitos ini benar. biasanya, orang yang mempunyai halangan dalam melihat akan melakukan pampasan dengan memejamkan mata. automatik, otot-otot yang berada di sekitar mata, dahi, dan di antara kening akan bekerja keras secara berulang kali. ini akan menimbulkan kedutan yang makin parah, jika masalah penglihatan tidak segera diatasi. sebaliknya, jika bermasalah penglihatan, pakai kaca mata yang bersesuaian agar otot di sekitar mata dan dahi boleh relaks kembali.

yang nie pun akan berkedut jugak nanti ! senyumlah selalu untuk mengelakkan kedutan pada peringkat awal usia.. smileee :)


apa yang penting adalah hindarilah diri dari mengambil apa-apa tindakan yang boleh memudaratkan diri  dan tidak salah disisi agama hanya semata-mata untuk mengelakkan muka dari berkedut.  jika anda rasakan diri anda itu cantik, kedutan yang timbul tidak akan menghalang untuk anda tetap kelihatan cantik.. cantik yang semulajadi itu adalah lebih indah dari segala-galanya..


thank you for reading this entry :)

No comments:

Post a Comment